Remaja lelaki ditahan bawa 130kg daun ketum - Utusan Malaysia

Remaja lelaki ditahan bawa 130kg daun ketum

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ALOR SETAR – Seorang remaja lelaki berusia 19 tahun ditahan selepas didapati membawa 130 kilogram (kg) daun ketum yang disyaki mahu diseludup ke Thailand dalam Ops Tapis di sebuah kebun getah di Naka dekat sini semalam.

Memuatkan artikel berkaitan…

Suspek yang berketurunan Siam itu ditahan ketika sedang memandu kenderaan utiliti sukan (SUV) jenis Suzuki Vitara dalam keadaan mencurigakan di kawasan tersebut kira-kira pukul 11.15 malam.

Ketua Polis Daerah Padang Terap, Deputi Superintendan Noh Idris berkata, pemeriksaan ke atas SUV berkenaan menemui 13 plastik hitam yang mengandungi daun ketum.

“Kesemua daun ketum yang dirampas seberat 130kg dengan nilai dianggarkan hampir RM4,000,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Kata beliau, siasatan lanjut mendapati suspek yang merupakan penoreh getah bekerja dengan seorang lelaki juga berketurunan Siam sebagai pemunggah dan penghantar daun ketum ke tempat pengumpulan daun tersebut dalam kawasan kebun getah di Naka.

“Suspek yang berasal dari Kampung Chong, Sik dekat sini ditahan reman selama empat hari bermula hari ini dan siasatan dilakukan mengikut Seksyen 30(3) Akta Racun 1952,” katanya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN