ALOR SETAR – Seorang remaja perempuan berusia 15 tahun merupakan antara tujuh pekerja yang ditahan polis dalam serbuan di sebuah rumah yang dijadikan pusat perjudian online di Kuala Kedah dekat sini pada 16 Ogos lalu. Ketua Polis Daerah Kota Setar, Asisten Komisioner Mohd. Rozi Jidin berkata, dalam operasi pada pukul 10.05 pagi yang turut melibatkan anggota Cawangan Anti Maksiat, Perjudian dan Kongsi Gelap (D7), Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kedah…










