Real makin bagus tanpa Ronaldo - Utusan Malaysia

Real makin bagus tanpa Ronaldo

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MADRID 27 Oogos – Dua gol Karim Benzema serta masing-masing satu daripada Gareth Bale dan Sergio Aguero membantu Real Madrid bangkit daripada ketinggalan untuk menang 4-1 ke atas Girona dalam aksi La Liga di tempat lawan awal hari ini.

Memuatkan artikel berkaitan…

Ketiadaan Cristiano Ronaldo yang berhijrah ke Juventus ternyata semakin kurang dirasai terutama apabila Benzema dan Bale terus mendapat sentuhan jaringan walaupun pada satu ketika pasukan tuan rumah memperoleh gol seawal minit ke-17 menerusi Borja Garcia.

Biar pun cemas seketika, Real hanya memerlukan 22 minit selepas itu untuk menyamakan kedudukan menerusi sepakan penalti Ramos sebelum sekali lagi dihadiahkan sepakan sama yang disempurnakan Benzema untuk gol pertamanya musim ini.

Bale pula membuktikan dia adalah pengganti tepat mengisi kekosongan yang ditinggalkan Ronaldo apabila melakukan larian solo yang menarik untuk gol ketiga diikuti sebelum penyerang antarabangsa Wales itu melintangkan bola kepada Benzema untuk gol keempat. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini