Ras Adiba gesa Fuziah mohon maaf - Utusan Malaysia

Ras Adiba gesa Fuziah mohon maaf

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 14 Ogos – Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Fuziah Salleh digesa supaya memohon maaf kepada komuniti orang kurang upaya (OKU) di negara ini ekoran saranannya supaya golongan transgender menggunakan tandas OKU.

Pengerusi dan Pengasas Persatuan OKU Sentral, Ras Adiba Radzi berkata, golo­ngan OKU membantah serta tidak bersetuju dengan saranan Fuziah tersebut selain mempertikaikan keperluan tandas OKU dikongsi dengan kumpulan individu yang mempunyai keupayaan fizikal.

“Maaf, kami sebulat suara tidak setuju kerana ini adalah hak kami, kenapa perlu kami kongsi dengan mereka yang berupaya?

Memuatkan artikel berkaitan…

“Tahukah Yang Berhormat bahawa tandas kami sering disalahgunakan orang yang bukan OKU, digunakan untuk merokok, dijadikan bilik stor atau tempat rehat pekerja pembersihan? Kami sudah sekian lama melalui keadaan sebegini, mengapalah Yang Berhormat ingin mencadang­kan sebegitu?” katanya menerusi perkongsian di akaun Instagram miliknya hari ini.

Semalam, Fuziah ketika ditemui pemberita di lobi Parlimen berkata, golongan transgender mungkin buat masa ini boleh menggunakan tandas OKU di tempat awam sementara golongan itu dite­rima oleh masyarakat.

Sementara itu, Ras Adiba turut mempersoalkan sama ada Fuziah tidak membuat kajian terlebih dahulu sebelum membuat kenyataan dan adakah Ahli Parlimen Kuantan itu tidak prihatin dengan keadaan yang dihadapi oleh golongan OKU?

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN