Rapid Bus minta maaf insiden bas rempuh kenderaan - Utusan Malaysia

Rapid Bus minta maaf insiden bas rempuh kenderaan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Pengendali bas RapidKL, Rapid Bus Sdn. Bhd. memohon maaf atas kejadian rempuhan beberapa buah kenderaan melibatkan bas kendaliannya kira-kira pukul 8 malam tadi.

Ketua Pegawai Operasi RapidKL, Shamsul Rizal Mohd. Yusof berkata, punca kejadian tersebut masih disiasat dan pihaknya akan memaklumkan maklumat terkini berhubung kejadian tersebut secepat mungkin.

“Kami terima laporan bas bernombor WWC 6425 yang sedang dalam laluan dari Datuk Keramat ke Ampang Point telah merempuh beberapa buah kenderaan.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Pemandu bas berkenaan telah berkhidmat dengan kami sejak dua tahun lalu dan memiliki rekod perkhidmatan baik, dia kini dirawat di Hospital Ampang.

“Kami dimaklumkan tiada kemalangan jiwa berlaku, pihak kami tidak akan berkompromi dalam soal keselamatan dan saya minta supaya orang ramai tidak membuat sebarang spekulasi,” katanya dalam sidang akhbar di depoh bas RapidKL di sini awal pagi tadi.

Malam tadi rakaman video yang menunjukkan sebuah bas dipandu dalam keadaan berbahaya dan merempuh beberapa buah kenderaan menjadi viral di media sosial.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Zulkefly Yahya berkata, siasatan lanjut masih dijalankan mengikut Seksyen 42 Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Shamsul menambah, sebarang tuntutan berhubung kerosakan kenderaan dan sebagainya boleh dituntut dengan menghubungi talian 03-7885 2585.

“Berdasarkan standard operasi kami, setiap bas diperiksa supaya dipastikan dalam keadaan baik sebelum beroperasi dan kami turut membuat pemeriksaan air kencing secara rawak dan berkala kepada pemandu,” katanya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN