Rabies: Sarawak catat satu lagi kematian - Utusan Malaysia

Rabies: Sarawak catat satu lagi kematian

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUCHING – Seorang lelaki berusia 44 tahun dari Jalan Matang  yang  positif  rabies encephalitis atau penyakit anjing gila meninggal dunia di Hospital Umum Sarawak (HUS) kira-kira pukul 10 pagi semalam.

Memuatkan artikel berkaitan…

Dalam satu kenyataan di sini, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) berkata, lelaki itu dimasukkan ke HUS pada 16 Ogos lalu selepas mengalami simptom rabies ketika mendapatkan rawatan pesakit luar pada 6 Ogos.

“Berdasarkan maklumat yang diterima, pesakit tidak mempunyai sejarah digigit anjing atau haiwan lain namun pernah memukul seekor anjing liar yang telah menggigit isterinya pada 13 Januari lepas.

“Ketika itu pesakit mempunyai luka terbuka di tangan kanan. Dilaporkan bahawa anjing tersebut kemudiannya telah mati dan pesakit tidak mendapatkan sebarang rawatan walaupun telah membawa isterinya ke hospital untuk rawatan dan vaksinasi,” demikian menurut kenyataan itu.

Menurut KKM, isteri mangsa kini berada dalam keadaan sihat dan telah melengkapkan jadual vaksinasi antirabies sebanyak empat dos. – Bernama

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN