KUCHING – Seorang lelaki berusia 44 tahun dari Jalan Matang yang positif rabies encephalitis atau penyakit anjing gila meninggal dunia di Hospital Umum Sarawak (HUS) kira-kira pukul 10 pagi semalam. Dalam satu kenyataan di sini, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) berkata, lelaki itu dimasukkan ke HUS pada 16 Ogos lalu selepas mengalami simptom rabies ketika mendapatkan rawatan pesakit luar pada 6 Ogos. “Berdasarkan maklumat yang diterima, pesakit tidak mempunyai sejarah digigit…










