JAKARTA 23 Ogos – Biarpun kempunan membawa pulang pingat emas, namun kejayaan meraih perak buat kali pertama memberi kepuasaan buat Mohd. Qabil Ambak Mahamad Fathil yang telah berbelanja lebih RM1 juta untuk membolehkannya beraksi dalam Sukan Asia 2018. Qabil berkedudukan emas ketika memasuki saingan akhir hari ini, namun kesilapan kecil yang dilakukan kudanya, Rosentolz akibat gemuruh menyebabkan dia terlepas kejuaraan dalam acara ekuestrian dressage individu di Pusat Ekuestrian Antarabangsa Jakarta.…










