JAKARTA 20 Ogos – Ekuin negara, Qabil Ambak Mahamad Fathil bersama kudanya, Rosentolz menampilkan persembahan memukau dalam penampilan pertama Sukan Asia 2018 selepas lapan tahun tidak beraksi di temasya itu. Dia yang beraksi dalam acara dressage individu bersama kudanya baka Rostpon berada pada kedudukan teratas aksi kelayakan Prix St-Georges dengan catatan 74.881 mata mengatasi pencabar terdekat, Kim Hyeok dari Korea Selatan dengan catatan 71.235 mata. Aksi bersama kuda berusia 12 tahun bernilai RM800,000 daripada pembiak kuda terkemuka dari Jerman, Hannoveraner Verband itu berjaya menampilkan aksi cemerlang mengatasi kuda-kuda lain dari…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya