BERIKUT pungutan pingat Sukan Asia 2018 di Jakarta dan Palembang, Indonesia hari ini (23 Ogos 2018).
Atlet negara hari ini berjaya menambah dua butir pingat perak, melalui acara equestrian dan bowling.
Di Pusat Ekuestrian Antarabangsa Jakarta, Mohd. Qabil Ambak Mahamad Fathil berjaya membawa pulang pingat perak dari acara dressage individu setelah mengumpul 76.620 mata.
Pingat emas dimenangi oleh Jacqueline Siu dari Hong Kong dengan 77. 045 mata, manakala gangsa milik penunggang Korea Selatan, Hyeok Kim dengan 75.805 mata.
Sementara itu, di Pusat Boling Kompleks Sukan Jakabaring, Palembang, trio lelaki negara yang diwakili oleh Timmy Tan Chye Chern, Ahmad Muaz Mohd. Fishol dan Muhammad Rafiq Ismail berjaya meraih pingat perak apabila meraih 4,235 jatuhan pin.
Trio Jepun menggondol emas dengan 4,344 jatuhan pin, manakala gangsa milik trio Singapura (4,226 pin). – UTUSAN ONLINE












