GEORGE TOWN – Kerajaan Negeri akan meminta bantuan Kerajaan Persekutuan untuk membiayai projek Transit Aliran Ringan (LRT) dan projek lebuh raya Pan Island Link 1 (PIL 1) sekiranya projek Penambakan Laut di Selatan Pulau Pinang (PSR) tidak dilaksanakan. Ketua Menterinya, Chow Kon Yeow berkata, pada masa ini PSR masih menjadi model pembiayaan tunggal bagi Pelan Induk Pengangkutan Pulau Pinang (PTMP) walaupun Kerajaan Negeri sedang mempertimbangkan alternatif lain. Beliau berkata, cadangan…