Projek Mex 2 siap 60 peratus - Utusan Malaysia

Projek Mex 2 siap 60 peratus

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

CYBERJAYA 17 Ogos – Projek Lebuh Raya Maju (Mex) 2 yang akan menghubungkan Putrajaya dan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) telah siap sebanyak 60 peratus sejak mula dibina awal tahun lalu.

Pengarah Teknikal Maju Holdings Sdn. Bhd., Richard Whitehead berkata, projek sepanjang 18 kilometer itu membabitkan pembinaan laluan tiga lorong sehala bermula dari persimpangan Putrajaya di sini hingga ke Lebuhraya KLIA.

“Projek ini berjalan mengikut jadual yang telah ditetapkan dan dijangka dapat disiapkan sepenuhnya pada Oktober atau November tahun hadapan,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri perasmian majlis Mega Toolbox 2018 di sini hari ini.

Memuatkan artikel berkaitan…

Program Mega Toolbox 2018 merupakan satu inisiatif di bawah Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) bertujuan untuk mengelak risiko bahaya di tapak kerja.

Dalam pada itu, Whitehead berkata, apabila siap sepenuhnya projek tersebut, perjalanan bermula dari persimpangan Bulatan Kampung Pandan, Kuala Lumpur hingga ke KLIA dijangka mengambil masa hanya 30 minit. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN