ALOR SETAR 30 Ogos – Pergerakan Pemuda UMNO negeri menggesa kerajaan Pakatan Harapan (PH) mempertimbangkan semula penangguhan projek pembinaan Hospital Pendang memandangkan ia satu keperluan yang mendesak dalam kalangan penduduk Pendang. Ketuanya, Mohammad Fadzil Zolkipli berkata, projek itu perlu diteruskan kerana ia membawa manfaat kepada kira-kira 200,000 penduduk termasuk penduduk di daerah berdekatan. “Kegagalan Kerajaan PH meneruskan projek Hospital Pendang adalah tamparan hebat buat kerajaan negeri yang dipimpin oleh anak…










