PRK DUN Seri Setia: PKR bertemu Pas - Utusan Malaysia

PRK DUN Seri Setia: PKR bertemu Pas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA 18 Ogos – Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Seri Setia menyaksikan pertandingan satu lawan satu antara calon PKR dan Pas.

Perkara itu disahkan Pegawai Pengurus Pilihan Raya, Datuk Mohd. Azizi Mohd. Zain tepat pada pukul 10.30 pagi ini selepas pihaknya menerima kedua-dua borang pencalonan calon tanpa sebarang bantahan.

Calon PKR, Halimey Abu Bakar, 46, dan lawannya daripada Pas, Dr.Halimah Ali, 58, memasuki serentak Pusat Penamaan Calon PRK DUN Seri Setia, Dewan Sivik Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) kira-kira pukul 9.08 pagi.

Memuatkan artikel berkaitan…
Pencalonan Seri Setia
DR. HALIMAH Ali (dua dari kiri) menerima kertas penamaan calon daripada Pegawai Suruhanjaya Pilihanraya Kecil (SPR) selepas melakukan proses pengundian pada penamaan calon PRK Seri Setia di Dewan Sivik Majlis Bandaran Petaling Jaya hari ini. – UTUSAN ONLINE/AZLAN HADI ABU BAKAR

Halimey yang merupakan bekas ahli majlis MBPJ memasuki dewan diiringi pencadangnya, Mohd.Yusop Mohd.Amin dan penyokong, Ridzuan Ahmad.

Manakala, Halimah merupakan bekas exco kerajaan negeri Selangor yang juga Ahli Jawatankuasa Pas Pusat hadir bersama pencadangnya, Aasirah Mat Hadi dan penyokongnya, Zulkifli Mohamad.

PRK DUN Seri Setia diadakan berikutan penyandangnya, Prof. Dr. Shaharuddin Badaruddin meninggal dunia akibat kanser usus pada 2 Ogos lalu.

Calon PKR hantar borang pencalonan
DR. HALIMEY Abu Bakar (dua kiri) menerima borang penamaan calon daripada Pegawai Suruhanjaya Pilihanraya Kecil (SPR) selepas melakukan proses pengundian pada penamaan calon PRK Seri Setia di Dewan Sivik Majlis Bandaran Petaling Jaya hari ini. – UTUSAN ONLINE/AZLAN HADI ABU BAKAR

Pada Pilihan Raya Ke-14 (PRU-14), Shaharuddin menang besar di kerusi DUN Seri Setia menewaskan calon Barisan Nasional, Yusoff M.Haniff dengan mendapat 29,250 undi.

Beliau mengalahkan Yusoff yang memperolehi 9,878 undi, calon Pas, Mohd. Ghazali Daud (4,563) dan calon bebas S. Vigneswaran (217). – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN