PUTRAJAYA – Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan hari pengundian bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Seri Setia dijalankan secara serentak dengan PRK DUN Balakong, Selangor iaitu pada 8 September ini. Hari penamaan calon ditetapkan pada 18 Ogos iaitu pada hari Sabtu dan hari mengundi awal pada 4 September (Selasa) sekali gus menyaksikan tempoh berkempen selama 21 hari. Timbalan Pengerusi SPR, Tan Sri Othman Mahmood berkata, keputusan menjalankan…










