PRK Balakong: SPR tambah 29 lagi saluran mengundi - Utusan Malaysia

PRK Balakong: SPR tambah 29 lagi saluran mengundi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 17 Ogos – Bagi mengurangkan kesesakan dan tempoh menunggu, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menambah 29 lagi saluran pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Balakong pada 8 September ini.

Pegawai Pengurus PRK Balakong, Datuk Rosli Othman berkata, pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14), 100 saluran termasuk satu saluran undi awal disediakan dan berlaku kesesakan berikutan jumlah pengundi yang ramai.

“Justeru untuk penambahbaikan dan memudahkan pengundi, SPR tambah 29 saluran lagi menjadikan 129 saluran di 17 pusat pegundian,” katanya kepada pemberita ketika sesi taklimat bersama media di Pusat Penamaan Calon PRK Balakong, dekat sini hari ini.

Memuatkan artikel berkaitan…

PRK Balakong diadakan susulan kematian penyandangnya, Ng Tien Chee yang maut dalam kemalangan di kilometer 11.7 Lebuhraya Grand Saga pada 20 Julai lalu.

DUN Balakong adalah kerusi majoriti Cina dengan 61 peratus pengundi, diikuti Melayu (30 peratus), India (9 peratus) dan lain-lain (1 peratus).

Proses penamaan akan bermula pukul 9 pagi dan berakhir pukul 10 pagi esok. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN