Polis yakin selesaikan kertas siasatan kes rogol bayi dalam dua hari - Utusan Malaysia

Polis yakin selesaikan kertas siasatan kes rogol bayi dalam dua hari

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM – Polis yakin dapat menyiapkan kertas siasatan kes berhubung seorang lelaki warga emas yang merogol seorang bayi berusia 11 bulan dalam masa dua hari lagi. 

Memuatkan artikel berkaitan…

Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Baharuddin Mat Taib berkata, pihaknya kini telah mendapat perintah sambung reman selama tujuh hari bermula hari ini hingga 4 Ogos depan ke atas suspek berusia 68 tahun itu. 

“Kita berharap dapat menyelesaikan kes tersebut dalam masa satu atau dua hari lagi sebelum kertas siasatan diserahkan kepada Pejabat Timbalan Pendakwa Raya bagi tindakan seterusnya.

“Berdasarkan siasatan awal, suspek tidak mempunyai sebarang masalah mental,” katanya ketika ditemui pemberita selepas majlis kempen bendera Malaysia kempen mengibarkan bendera Malaysia peringkat IPD Shah Alam di sini hari ini.

Menurut beliau, semakan rekod mendapati suspek tidak mempunyai sebarang kesalahan jenayah lampau sebelum ini.

Difahamkan, kejadian rogol tersebut berlaku di salah sebuah bilik di rumah pengasuh yang merupakan menantunya meskipun semasa kejadian terdapat dua anak perempuan suspek berusia 17 dan 30 tahun di rumah jenis pangsapuri di Seksyen 24 itu.

“Kita ingin menasihatkan orang ramai supaya lebih berhati-hati apabila menghantar anak mereka untuk diasuh dengan memastikan lokasi tersebut selamat,” katanya.

Kosmo! sebelum ini melaporkan polis menahan seorang warga emas selepas disyaki merogol berusia 11 bulan yang sedang diasuh oleh menantunya dalam kejadian di sebuah pangsapuri di Seksyen 24 di sini pada 20 Ogos lalu. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini