ALOR SETAR 26 Ogos – Mengumpan pelanggan melalui aplikasi sosial, WeChat selain mengupah remaja termasuk bawah umur menjadi operator menjadi modus operandi satu kegiatan judi dalam talian yang akhirnya tumpas di tangan polis dari Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Setar dalam serbuan pada 16 dan 20 Ogos lepas. Ketua Polis Daerah Kota Setar, Asisten Komisioner Mohd. Rozi Jidin berkata, operasi dengan kerjasama anggota dari Ibu pejabat Kontinjen Kedah (IPK)…










