Polis siasat dakwaan kanak-kanak 6 tahun dirogol - Utusan Malaysia

Polis siasat dakwaan kanak-kanak 6 tahun dirogol

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 23 Ogos – Polis menjalankan siasatan berhubung seorang-kanak perempuan berusia enam tahun yang dipercayai telah dirogol di sebuah kawasan di Bukit Jalil di sini, Selasa lalu.

Memuatkan artikel berkaitan…

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Seri Mazlan Lazim berkata, maklumat berhubung kejadian tersebut diperoleh orang awam menerusi aplikasi WhatsApp pada pukul 1.44 petang.

Jelasnya, susulan maklumat tersebut polis menjalankan siasatan dengan menemui keluarga mangsa bagi mendapatkan maklumat berhubung kejadian itu.

“Mangsa telah menjalani pemeriksaan di hospital dan mendapati tiada kesan kemasukan atau koyak pada kemaluan mangsa.

“Hasil soal siasat dengan saksi juga tidak menjurus kepada kejadian rogol seperti maklumat awal yang diterima oleh pihak polis,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Bagaimanapun, Mazlan memaklumkan pihak polis akan meneruskan siasatan tersebut mengikut Seksyen 376, Kanun Keseksaan kerana merogol – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN