BANGKOK – Polis wilayah Satun telah membebaskan dan menghantar pulang empat nelayan Langkawi yang didakwa diculik oleh sekumpulan lelaki bersenjata di perairan Pulau Langgun, berhampiran pulau pelancongan itu. Ketuanya, Maj Jen Suphawat Tapkiew berkata, kesemua nelayan itu dibebaskan di jeti feri Tammalang Satun kira-kira 11 malam (waktu tempatan) semalam untuk kembali ke Langkawi. “Empat nelayan Malaysia itu dibebaskan selaras persetujuan selepas perbincangan antara pihak berkuasa yang berkaitan dari Thailand dan…










