PULAU PINANG 27 Ogos – Polis negeri ini merampas sebanyak 427,600 biji pil kuda WY bernilai RM8.5 juta menerusi serbuan di tiga lokasi di Seberang Perai Tengah (SPT) dan Butterworth di sini, 19 hingga 24 Ogos lalu. Ketua Polis negeri, Datuk Seri A.Thaiveegan berkata, pihaknya menahan tujuh lelaki termasuk tiga pelajar pelajar kolej bagi membantu siasatan kes berkenaan. Katanya, tangkapan bermula apabila polis memeriksa sebuah kenderaan di Jalan Bagan Luar,…










