PADAWAN – Tiga individu termasuk dua wanita antara yang ditahan selepas disyaki memiliki dadah dalam satu serbuan di sebuah hotel di Jalan Batu Kawah awal pagi ini. Dalam serbuan kira-kira pukul 1.50 pagi itu, pasukan polis berjaya menahan ketiga-tiga suspek yang berusia antara 21 hingga 39 tahun. Ketua Polis Daerah Padawan, Superintendan Aidil Bolhassan berkata, kejayaan serbuan dan tangkapan itu merupakan hasil maklumat awam dan risikan polis yang dilakukan. Menurutnya, hasil pemeriksaan lanjut, pasukan polis menemui satu kotak warna hitam yang mengandungi 11 paket plastik lutsinar dibaluti pita pelekat warna…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya