KOTA KINABALU – Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Ramli Din berkata, pihaknya akan menjalankan siasatan ke atas bekas Ketua Menteri Sabah, Tan Sri Musa Aman dalam masa terdekat berhubung laporan polis oleh Yang Dipertua Negeri Sabah, Tun Juhar Mahiruddin kononnya wujud unsur ugutan jenayah dalam isu perlantikan Ketua Menteri pada 10 Mei lalu. Ramli bagaimanapun berkata, pihaknya tidak dapat melaksanakan tugas siasatan itu serta-merta atas permintaan doktor pakar yang merawat Musa.…










