POKB pertahan kenyataan Dr. Nur Ilyani - Utusan Malaysia

POKB pertahan kenyataan Dr. Nur Ilyani

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU 13 Ogos – Persatuan Orang Kota Bharu (POKB) menyifatkan kenyataan pegawai perubatan Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II) Dr. Nur Ilyani Mohamed Nawawi yang tidak mengiktiraf perlakuan seks bebas dan songsang adalah tepat kerana ia bercanggah dengan tatatusila masyarakat di negara ini.

Pengarah Media dan Komunikasi POKB Johari Abdullah berkata, kenyataan Dr. Nur Ilyani itu ada asasnya apabila golongan yang mengamalkan cara hidup itu termasuklah lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT) merupakan kelompok tertinggi dijangkiti HIV.

Menurutnya, berdasarkan laporan Sektor HIV/STI, Bahagian Kawalan Penyakit, Kementerian Kesihatan Malaysia, seramai 1,697 individu yang mengamalkan tabiat seks songsang adalah sebahagian daripada 3,347 kes HIV baharu dicatatkan sepanjang tahun lalu.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Jumlah tersebut adalah 14 kali ganda lebih tinggi berbanding individu yang mengambil dadah melalui perkongsian jarum suntikan (IDU) dijangkiti HIV.

“Ini jelas menunjukkan gaya hidup itu merupakan punca utama penyebaran virus berkenaan,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas mengulas surat terbuka Pegawai Perubatan HRPZ II itu kepada aktivis masyarakat Datin Marina Mahathir yang mendesak agar golongan LGBT diberikan hak kesamarataan dari sudut hak asasi.

Johari memberitahu, Dr. Nur Ilyani mempunyai hak

untuk bersuara sebagai anggota masyarakat selagi tidak menggugat ketenteraman awam.

Katanya, adalah tidak wajar sekiranya dia dikenakan tindakan kerana menyatakan pandangan beehubung itu tersebut.

“POKB berpuas hati dengan tahap profesionalisme yang ditunjukkan oleh Dr. Nur Ilyani apabila beliau tetap melayan pesakit dari kalangan LGBT dan telah memberikan rawatan yang terbaik buat mereka walaupun tidak mengiktiraf kegiatan songsang mereka.

“Sebagaimana contoh lain, doktor juga ada hak untuk tidak menyukai perokok tegar, tetapi tetap akan merawat sebaik mungkin mereka yang mendapat penyakit berkaitan paru-paru,” ujarnya. -UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN