Plaza Tol Bukit Raja Klang ditutup kepada semua pengguna akibat dipukul ribut - Utusan Malaysia

Plaza Tol Bukit Raja Klang ditutup kepada semua pengguna akibat dipukul ribut

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM – Plaza Tol Bukit Raja Klang di sini ditutup kepada semua kenderaan susulan kejadian ribut yang berlaku kira-kira pukul 10 malam tadi.

Memuatkan artikel berkaitan…

Dalam kejadian berkenaan, sebahagian siling bumbung, pondok tol dan beberapa palang di plaza tol berkenaan tertanggal serta rosak.

Kejadian itu menyebabkan sisa yang runtuh bertaburan di atas lebuh raya berkenaan.

Jurucakap PLUS Malaysia Berhad ketika dihubungi mengesahkan kejadian terbabit dan menyatakan kerja-kerja pembersihan sedang dijalankan oleh pihaknya.

“Plaza tol berkenaan ditutup kepada semua kenderaan di kedua-dua arah. Pengguna dari Klang dan Shah Alam perlu mencari laluan alternatif.

 “Pengguna boleh layari twitter @plustrafik bagi mendapatkan maklumat terkini berhubung penutupan plaza tol berkenaan,” katanya.

 Jurucakap berkenaan juga memberitahu, tiada sebarang kecederaan dilaporkan berhubung kejadian berkenaan. – K! ONLINE 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini