KUALA LUMPUR – Penyedia perkhidmatan kejuruteraan bersepadu global, Serba Dinamik Holdings Bhd. (Serba Dinamik) bercadang untuk memperkenalkan pakej komersial platform digital menjelang suku pertama tahun depan. Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulannya, Datuk Dr. Ir. Mohd. Abdul Karim Abdullah berkata, ia dilihat akan dapat mempertingkatkan produktiviti dan mengoptimumkan operasi pusingan dan pengurusan penyelengaraan kilang. Menurut beliau, platform yang dibangunkan bersama Microsoft APAC Digital Advisory Services (Microsoft) itu akan menggalakkan…










