PKR putuskan semua ahli mengundi melalui sistem e-undi - Utusan Malaysia

PKR putuskan semua ahli mengundi melalui sistem e-undi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Jawatankuasa Pemilihan Pusat Parti Keadilan Rakyat (PKR) memutuskan untuk tidak memberikan kelonggaran kepada ahli warga emas untuk menggunakan kertas undi pada pemilihan parti kali ini.

Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution Ismail berkata, ia tidak perlu kerana pihaknya akan menempatkan pegawai bertugas bagi melancarkan proses pengundian.

“Pegawai itu akan membantu sesiapa yang menghadapi kesukaran dalam menggunakan sistem pengundian secara dalam talian atau e-undi.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Kita tetap menggunakan sistem e-undi kerana ia akan membantu melancarkan dan mempercepatkan proses mengundi,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Beliau berkata demikian bagi mengulas mengenai permintaan Pengerusi PKR Terengganu, Azan Ismail yang meminta pengecualian diberikan kepada warga emas untuk mengundi menggunakan kertas undi. – K! ONLINE 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN