SHAH ALAM 2 Ogos – PKR didakwa menggunakan taktik kotor termasuk politik wang dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Kandis bagi meraih sokongan pengundi. Calon Barisan Nasional (BN), Datuk Lokman Noor Adam berkata, beliau menerima maklumat itu menerusi sumber perisikan berhubung taktik berkenaan dan meminta semua agensi termasuk Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) bertindak. Sehubungan itu, katanya, BN juga telah menubuh dan mengarahkan jawatankuasa pemantau melakukan siasatan…










