KUALA LUMPUR – Trend membuat pinjaman peribadi bagi melangsaikan hutang Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) disifatkan sebagai tindakan tidak bijak. Perunding kewangan, Shamsuddin Kadir berkata, ada peminjam PTPTN yang tidak faham konsep pengiraan faedah yang ditawarkan bank dan kemudahan kredit lain selain terpengaruh dengan rakan sebaya yang terjebak dalam pinjaman peribadi bagi membayar pinjaman PTPTN. “Hutang melalui pinjaman peribadi hanya menjadikan kita miskin. Walaupun pembayaran (pinjaman PTPTN) mungkin mengambil masa perlu diingat kosnya (kadar faedah PTPTN) rendah,” katanya kepada Bernama selepas menjadi tetamu program Ruang Bicara terbitan Bernama News Channel di sini. Shamsuddin berkata, apa yang paling penting ialah ansuran PTPTN dibayar tepat pada masa selain peranan ibu bapa dalam memastikan anak mereka membayar hutang PTPTN. “Selalu kita dengar ibu bapa menyoal anak bila nak beli kereta, rumah…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya