SHAH ALAM 1 Ogos – Kenyataan calon PKR Mohd. Zawawi Ahmad Mughni yang mahu menghapuskan kronisme dan amalan nepotisme jika menang dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Kandis hanya diibaratkan sebagai tidak berpijak di bumi nyata. Calon Barisan Nasional (BN), Datuk Lokman Noor Adam berkata, Mohd. Zawawi sepatutnya sedar dengan perkembangan yang berlaku dalam Pakatan Harapan termasuk isu pelantikan Ahli Lembaga Khazanah Nasional Berhad (Khazanah) baharu…










