PH di landasan betul tunai janji - Utusan Malaysia

PH di landasan betul tunai janji

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

putrajaya – Kerajaan telah berjaya merealisasikan 21 daripada 60 janji atau 35 peratus dalam manifesto Pakatan Harapan untuk membebaskan Malaysia daripada isu rasuah dan menentukan tadbir urus yang baik.

Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad berkata, usaha tersebut memerlukan satu rancangan bersepadu yang drastik, menyeluruh dan komitmen kerajaan pada hari ini adalah untuk mencapai prinsip mahu Malaysia dikenali kerana integriti dan bukannya kerana rasuah.

“Antara perkara yang telah dilaksanakan setakat ini termasuklah mewujudkan Jawatankuasa Khas Kabinet Mengenai Antirasuah serta menubuhkan Pusat Governans, Integriti dan Antirasuah Nasional bagi membolehkan usaha menyelamatkan Malaysia daripada rasuah dapat dilaksanakan dengan segera dan berkesan serta menyeluruh.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Kerajaan juga telah menggubal Pelan Antirasuah Nasional bagi membolehkan isu-isu governans, integriti dan antirasuah ditangani secara menyeluruh selain satu undang-undang yang memboleh­kan tindakan punitif diambil terhadap pegawai-pegawai yang se­ngaja menyebabkan ketirisan, pemborosan atau pembaziran kepada dana kerajaan akan digubal bagi tujuan ini,” katanya.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN