SAUDARA PENGARANG, MAJLIS Bandaraya Shah Alam (MBSA) digesa supaya menukarkan segera sebuah struktur peta panduan jalan Bandaraya Shah Alam yang sudah lusuh serta langsung tidak berkesan lagi sebagai sebuah papan tanda yang memberikan informasi kepada orang ramai.
Papan tanda panduan jalan ini terletak di Persiaran Damai, antara Masjid Negeri dengan Seksyen 10, Shah Alam.
Penulis sendiri sempat merakamkan aset ini beberapa hari yang lalu. Keadaannya sungguh menyedihkan.
Setiap hari, lebih-lebih lagi pada hari minggu dan cuti am, ramai pelawat tempatan dan luar negara yang mengunjungi Masjid Negeri melalui dan melihat papan tanda panduan jalan yang sudah rosak teruk ini.
MBSA kenalah peka akan situasi yang tidak sihat ini dan perlulah bertindak memperbetulkan keadaan.
Hj. Kamaruddin bin Hassan
Seksyen 8, Shah Alam











