Pesilat negara tidak dibenarkan bertemu dengan pengamal media - Utusan Malaysia

Pesilat negara tidak dibenarkan bertemu dengan pengamal media

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JAKARTA – Pesilat kebangsaan yang beraksi pada Sukan Asia 2018, tidak dibenarkan bertemu dengan media sehingga tempoh yang akan diberitahu kelak.

Memuatkan artikel berkaitan…

Keputusan itu dibuat bagi membolehkan pesilat negara memberi tumpuan sepenuhnya terhadap saingan dan misi memburu tiga pingat emas, dua perak dan lima gangsa yang ditetapkan Persekutuan Silat Kebangsaan Malaysia (Pesaka) pada temasya sukan itu kali ini. 

“Kita mempunyai misi besar di sini sebab itu setakat hari ini, kita tidak mahu pesilat negara bercakap dengan media. Tujuan kita kerana mahu atlet terus fokus selain mengelak daripada apa-apa sahaja yang boleh menjejaskan tumpuan mereka,” kata pegawai pasukan silat negara, Mohamad Mat Amin di sini hari ini.

Beliau ditemui pengamal media Malaysia di Padepokan Pencak Silat Taman Mini Indonesia Indah yang menjadi venue acara pencak silat pada temasya sukan terbesar di Asia itu.

Terdahulu, usaha Bernama mendapatkan reaksi jaguh silat negara, Mohd Al-Jufferi Jamari yang memulakan aksi pusingan 16 terbaik kelas Putra E gagal selepas juara dunia 2016 itu tidak dibenarkan bercakap kepada pengamal media. – Bernama 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN