Pesawat kecil hilang di Papua ditemui terhempas, lapan terbunuh - Utusan Malaysia

Pesawat kecil hilang di Papua ditemui terhempas, lapan terbunuh

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JAKARTA – Sebuah pesawat kecil PAC750 XSTOL milik Dimonim Air, yang dilaporkan hilang semalam, ditemui terhempas di kawasan pergunungan di Papua.

Menurut Ketua Devisi Hubungan Masyarakat Polis Indonesia Insp Jeneral Setyo Wasisto pesawat berkapastiti 10 penumpang yang dinaiki sembilan orang itu, ditemui pasukan penyelamat kira-kira 9 pagi tadi di kawasan Pergunungan Bintang, Provinsi Papua.

Lapan disahkan terbunuh iaitu enam penumpang, seorang juruterbang dan seorang pembantu juruterbang, katanya dalam satu kenyataan di sini.

Memuatkan artikel berkaitan…

Pesawat itu berlepas dari lapangan terbang Tanah Merah Kabupaten Boven Diguel menuju lapangan terbang Oksibil, Kabupaten Pegunungan Bintang pada jam 1.50 tengah hari semalam waktu tempatan.

Pesawat itu dilaporkan berhubung dengan menara lapangan terbang Oksibil pada jam 2.17 petang sebelum dilapor terputus hubungan.

Pesawat Dimonim Air sepatutnya tiba di Bandara Oksibil pada pukul 2.30 petang semalam waktu Indonesia Timur.

Menurut laporan, penduduk Kampung Okatem, Oksibil  telah terdengar bunyi dentuman kuat di kawasan pergunungan berdekatan kampung itu petang semalam.

Berdasarkan maklumat syarikat penerbangan Dimonim Air, pesawat itu dinaiki sembilan orang iaitu  juruterbangnya, kapten Lassie dan pembantu juruterbang, Wayan Sugiarta, manakala tujuh penumpang pula dikenali sebagai Sudir Zakana, Martina Uropmabin, Hendrikus Kamiw, Lidia Kamiw, Jamaludin, Naimus dan Jumai.

Menurut laporan media tempatan hari ini, penumpang yang selamat dalam nahas itu ialah Jumai, kanak-kanak lelaki berusia 12 tahun, namun keadaannya belum diketahui.

Pasukan penyelamat dilaporkan masih berusaha untuk membawa keluar semua mangsa dari kawasan pesawat itu terhempas. – Bernama

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×