KEDUA-DUA belah tangan lelaki berusia 31 tahun itu akan diangkat ke atas dan pergelangan tangannya dipusing-pusing sebaik sahaja pengacara menamatkan acara. Dboy Ahamad Shazian Nizan menggunakan isyarat itu sebagai tanda penghargaan ketika Majlis Ulang Tahun Kedua kafe Starbucks Signing Store di pusat beli-belah Bangsar Village II, Bangsar, Kuala Lumpur baru-baru ini. Anak kelahiran ibu kota itu terpaksa menggunakan isyarat berkenaan disebabkan rata-rata petugas di Starbucks Signing Store orang kelainan upaya…










