Perunding insurans didenda promosi pungutan zakat tanpa kebenaran MAIWP - Utusan Malaysia

Perunding insurans didenda promosi pungutan zakat tanpa kebenaran MAIWP

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 16 Ogos – Seorang lelaki dan tiga wanita masing-masing didenda maksimum RM3,000 atau penjara empat bulan oleh Mahkamah Tinggi Syariah di sini hari ini selepas mengaku bersalah atas pertuduhan membuat promosi pungutan zakat melalui potongan gaji bulanan tanpa sebarang kebenaran daripada Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP).

Mereka ialah Mohd. Hisham Dahalan, Waheeda Mohamad, Siti Nurul Hayati Isnin dan Rosilah Othman yang kesemuanya perunding insurans sebuah syarikat insurans.

Tertuduh didakwa melakukan kesalahan itu pada pukul 2.59 petang, 6 Mac lalu di ruang legar tingkat 5 bangunan berkembar Bank Rakyat, Brickfields di sini.

Mereka didakwa mengikut Seksyen 47 (1) (b) Akta Kesalahan Jenayah Syariah Wilayah Persekutuan 1997 yang boleh dihukum mengikut Seksyen 33 akta sama yang memperuntukkan hukuman denda RM3,000 atau penjara empat bulan jika sabit kesalahan. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×