KUALA LUMPUR 14 Ogos – Malaysia dijangka mencatat pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) yang lebih perlahan antara 5.1 hingga 5.2 peratus dengan suku kedua dijangka tumbuh 5.1 peratus. Ketua Ekonomi Kumpulan CIMB Holdings Bhd., Dr. Donald Hanna berkata, keadaan itu bukan sahaja disebabkan konflik ekonomi Amerika Syarikat (AS) dengan China tetapi juga kelembapan dalam pasaran global sejak separuh kedua 2017. Katanya, ia boleh dilihat pada indeks pengeluaran global (IP) Malaysia yang mencatat pertumbuhan perlahan pada 1.1 peratus tahun ke tahun pada Jun yang turut memberi kesan kepada pertumbuhan KDNK…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya