Pertemuan seteru setempat ujian sebenar Sarri, Emery - Utusan Malaysia

Pertemuan seteru setempat ujian sebenar Sarri, Emery

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON 16 Ogos- Permulaan berbeza di antara jurulatih Chelsea dan Arsenal, Maurizio Sarri dan Unai Emery dalam saingan Liga Perdana Inggeris (EPL), namun perlawanan membabitkan kedua-dua pasukan itu awal pagi Ahad ini, akan memberi ujian sebenar sejauh mana persaingan antara dua kelab London tersebut.

Kegagalan melayakkan diri ke Liga Juara-Juara musim ini mencetuskan perubahan besar terhadap kedua-dua kelab berkenaan.

Bagaimanapun, Emery memulakan kempen liga dengan tewas 0-2 kepada juara bertahan, Manchester City di gelanggang sendiri hujung minggu lalu.

Memuatkan artikel berkaitan…

Sementara itu, Sarri yang menghadapi gangguan dalam aksi pramusim selepas tiba di Stamford Bridge sebagai pengganti Antonio Conte, penghijrahan Thibaut Courtois dan spekulasi membabitkan beberapa pemain utama yang lain, namun beliau dapat membimbing Chelsea meraih kemenangan 3-0 ke atas Huddersfield.

Chelsea bakal menjadi lebih kuat pada hujung minggu ini dengan Eden Hazard bakal membarisi kesebelasan utama selepas hanya beraksi 15 minit di Huddersfield berikutan penampilannya di Piala Dunia bersama Belgium.

Untuk rekod, Conte hanya memenangi satu daripada lapan pertemuan dengan Arsenal sepanjang dua musim mengendalikan The Blues. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN