Kebelakangan ini kita melihat perkembangan positif apabila rakyat Malaysia mula mengambil berat dan peka terhadap hak diperuntukkan kepada mereka melalui undang-undang tertinggi negara iaitu Perlembagaan Persekutuan. Malah yang lebih membanggakan Raja-Raja Melayu turut menzahirkan kebimbangan dan memberi penjelasan tentang kedudukan sebenar Perlembagaan Persekutuan. Sebagai contoh baru-baru ini, Sultan Nazrin Shah semasa merasmikan Mesyuarat Kedua Penggal Pertama Dewan Negeri Perak yang ke-14 dilaporkan bertitah perkara-perkara asas yang terkandung di dalam Perlembagaan…










