Persatuan sejarah Perlis gesa MPK tegas arah premis kibar bendera - Utusan Malaysia

Persatuan sejarah Perlis gesa MPK tegas arah premis kibar bendera

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KANGAR – Persatuan Sejarah Malaysia Cawangan Perlis menggesa Majlis Perbandaran Kangar (MPK) mengeluarkan arahan tegas kepada pemilik premis di bandar ini agar mengibarkan Jalur Gemilang bagi menyemarakkan sambutan Bulan Kebangsaan 2018.

Memuatkan artikel berkaitan…

Pengerusinya, Busu Ibrahim berkata, perkara itu menjadi sebahagian daripada tanggungjawab yang perlu dilaksanakan dan amat dikesalkan jika pemilik premis gagal berbuat demikian.

“Perkara seperti ini sebenarnya tidak perlu dipaksa dan ia satu kebiasaan setiap kali kita menyambut merdeka, namun mungkin ada pihak yang tidak sedar mereka belum mengibarkan bendera.

“Jadi diharapkan pihak MPK dapat membuat hebahan secara lebih meluas agar dapat difahami betapa pentingnya mereka mengibar Jalur Gemilang di premis masing-masing terutama dalam bulan kemerdekaan,” katanya kepada Bernama di sini, hari ini.

Beliau berkata, keadaan berbeza di kawasan kampung kerana banyak kediaman memasang bendera malah ada penduduk yang bergotong-royong membuat pintu gerbang di kampung masing-masing bagi memeriahkan sambutan hari Kebangsaan. – Bernama

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN