IPOH 19 Ogos – Keriangan bermain permainan tradisional secara bersama, bukan sahaja mengimbau memori sewaktu zaman kanak-kanak, malah berupaya meneruskan legasi warisan budaya ini dalam kalangan generasi muda. Permainan seperti gasing, konda-kondi, baling selipar dan sepak raga ratus mungkin dilihat lebih sinonim dengan masyarakat Melayu. Gasing yang biasanya dimainkan selepas musim menuai, dipertandingkan antara kampung dengan pemenangnya dikira berdasarkan tempoh masa ia mampu berputar. Konda-kondi pula hanya memerlukan dua batang…










