Perlis rekod IPU tidak sihat, orang ramai dinasihat henti aktiviti luar - Utusan Malaysia

Perlis rekod IPU tidak sihat, orang ramai dinasihat henti aktiviti luar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KANGAR 16 Ogos – Perlis sejak Sabtu lalu dan sehingga hari ini telah merekodkan bacaan indeks pencemaran udara (IPU) yang melebihi bacaan 100 iaitu paras udara tidak sihat.

AZMAN SHAH ISMAIL
AZMAN SHAH ISMAIL

Sehubungan itu, orang ramai termasuk para pelajar sekolah adalah dinasihatkan supaya tidak menjalankan aktiviti luar sepanjang hari.

Pengarah Jabatan Alam Sekitar negeri, Azman Shah Ismail berkata, bacaan IPU itu diperoleh dari stesen Institut Latihan Perindustrian (ILP) di sini.

Memuatkan artikel berkaitan…

Katanya, bacaan yang direkodkan pada pukul 11 pagi ini menunjukkan bacaan 160 tetapi menurun kepada 154 pada tengah hari dan petang.

“Berbanding semalam, pada pukul 11 pagi, bacaan IPU direkodkan adalah 154 iaitu berlaku peningkatan pada hari ini (160).

“Peningkatan IPU tidak sihat ini turut direkodkan di stesen-stesen di utara tanah air,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Kata beliau, terdapat dua faktor menyumbang kepada peningkatan IPU itu iaitu pencemaran merentas sempadan di negara jiran dan pembakaran jerami oleh pesawah di negeri ini.

“Kita telah mengeluarkan surat kepada pihak berkaitan seperti Jabatan Pertanian negeri dan Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) agar menghentikan sementara pembakaran jerami bagi mengawal situasi ini.

“JAS juga mencadangkan Jabatan Pendidikan negeri supaya menangguhkan sementara aktiviti luar melibatkan pelajar-pelajar sekolah,” katanya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN