Perkhidmatan LRT, MRT dilanjutkan malam esok - Utusan Malaysia

Perkhidmatan LRT, MRT dilanjutkan malam esok

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 29 Ogos – Perkhidmatan Transit Aliran Ringan (LRT), Transit Aliran Massa (MRT) dan bas di beberapa stesen terpilih akan dilanjutkan operasi sehingga pukul 1 pagi sempena konsert Sayangi Malaysia 2018 di Dataran Merdeka pada malam esok.

Stesen LRT dan MRT yang terlibat adalah Stesen LRT Masjid Jamek, Stesen LRT Bandaraya, Stesen LRT Pasar Seni dan Stesen MRT Pasar Seni.

Prasarana Malaysia Berhad (Prasarana) dalam satu kenyataan memaklumkan, lanjutan perkhidmatan itu bertujuan memenuhi keperluan orang ramai yang ingin menghadiri acara berkenaan.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Pengunjung akan disajikan dengan persembahan artis tempatan dan pertunjukan bunga api menjelang detik 12 malam.

“Selain menggalakkan orang ramai menggunakan pengangkutan awam, ia dapat mengurangkan kesesakan jalan raya dan masalah parkir yang terhad di kawasan pusat bandar,” menurut kenyataan itu di sini hari ini.

Tambah kenyataan itu, orang ramai juga digalakkan menggunakan kad Touch ‘n Go bagi mengelakkan berlaku kesesakan ketika membeli tiket. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini