Periksa alat sulit sebelum masuk tandas - Mufti Perlis - Utusan Malaysia

Periksa alat sulit sebelum masuk tandas – Mufti Perlis

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KANGAR – Mufti Perlis, Datuk Dr. Mohd. Asri meminta individu yang mengalami kekeliruan gender atau golongan lesbian, gay, biseksual dan transgender (LBGT) memeriksa alat kemaluan sendiri sebelum memasuki mana-mana tandas.

Mufti yang bersifat kritikal terhadap isu-isu semasa berlaku di negara ini berkata, banyak pihak yang bertanya soalan kepadanya berhubung tandas jenis apa sepatutnya dimasuki golongan LBGT.

“Nampaknya, kekeliruan gender membawa kepada kekeliruan tandas.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Saya ingin mencadangkan jika kekeliruan ini terjadi kepada mana-mana individu, disyorkan dia berjumpa pakar untuk memeriksa dirinya semasa dia membuang air kecil di saluran mana air itu keluar.

“Jika ia keluar melalui alat sulit lelaki, silalah ke tandas lelaki. Jika keluar melalui alat sulit wanita, sila ke tandas wanita,” katanya menerusi akaun Facebook rasmi beliau Dr.Maza.com hari ini.

Dalam perkembangan berkaitan, Mohd. Asri berkata, seandainya air kecil tidak keluar melalui alat sulit lelaki atau wanita, dinasihatkan individu tersebut pergi ke hospital untuk membuat pemeriksaan.

“Jika doktor kata anda cacat, bolehlah ke tandas orang kelainan upaya (OKU).

“Jika tidak berkemampuan menemui pakar, rasanya diri sendiri pun boleh memeriksa alat kemaluan sendiri,” katanya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN