KOTA BHARU – Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Kelantan yakin seorang anggota renjernya yang dilaporkan sesat ketika mengumpul data program 1st National Tiger Survey di hutan Taman Negara, Jerantut 11 Ogos lepas, masih hidup. Pengarahnya Mohd Hasdi Husin berkata, operasi mengesan renjer berkenaan, Tarmizi Ahmad Japli, 30, akan dipergiatkan dengan bantuan pelbagai pihak termasuk anggota Perhilitan Kelantan yang dihantar ke sana. “Operasi mencari dan menyelamat (SAR) ini…










