IPOH 23 Ogos – Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Teknologi, Sains dan Alam Sekitar negeri, Dr. Abdul Aziz Bari menjelaskan percanggahan pendapat dalam isu status hak milik tanah 999 tahun antara beliau dan Menteri Besar, Ahmad Faizal Azumu hanya daripada sudut Perlembagaan. Abdul Aziz berkata, sebagai seorang yang mendalami Perlembagaan, beliau hanya menerangkan dari sudut undang-undang bahawa tiada masalah untuk kerajaan negeri melaksanakan manifesto Pakatan Harapan Perak di bawah teras tiga iaitu…










