Perbaiki papan tanda jalan - Utusan Malaysia

Perbaiki papan tanda jalan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SAUDARA PENGARANG, MOHON Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) perbaiki atau gantikan papan tanda jalan yang telah lama senget dan lusuh serta nama jalan dirosakkan dengan pelekat kertas iklan peminjam wang haram.

PAPAN tanda rosak di Estet Perindustrian Hicom-Glenmarie, Shah Alam Selangor. GAMBAR IHSAN PEMBACA

Papan tanda jalan yang dimaksudkan ialah Jalan Juruaudit U1/37, Seksyen U1, Estet Perindustrian Hicom-Glenmarie, Shah Alam. Tiang papan tanda jalan ini juga sudah berkarat teruk dan perlu dicat semula atau diganti dengan yang baharu.

Memuatkan artikel berkaitan…

Aset-aset MBSA sebegini perlu diperbaiki, diselenggara atau diganti segera bagi mengelakkan orang awam, pelawat atau pelancong yang datang ke kawasan ini daripada tersesat apatah lagi memburukkan imej Shah Alam sebagai sebuah bandar raya.

KAMARUDDIN HASSAN

Seksyen 8, Shah Alam

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN