KUALA NERUS 11 Ogos – Sekumpulan penyelidik Universiti Malaysia Terengganu (UMT) merintis usaha memperkasa golongan asnaf di Kampung Gemuruh di sini menerusi Projek Translational Kelulut. Pengarah projek, Prof. Madya Shamsul Bahri Abd. Razak berkata, program bersama komuniti itu bertujuan menjana pendapatan golongan sasar sekali gus meningkatkan taraf hidup diri serta keluarga. “Untuk fasa pertama ini kita memilih lima asnaf dari Kampung Gemuruh dan mereka akan diberi latihan secara berkala antaranya…










