WASHINGTON 23 Ogos – Sekumpulan penyelidik dari Perancis mendedahkan penemuan mengenai reaksi burung kakak tua jenis Blue and Gold Macaw (Ara ararauna) yang kemerah-merahan pada bahagian mukanya ketika berinteraksi dengan penjaganya. Penemuan itu diterbitkan dalam jurnal PLOS One pada Rabu lalu. Menurut kumpulan penyelidik terbabit, burung kakak tua mempunyai bahagian pipi yang licin dan tidak dilindungi oleh bulunya. Penyelidik mendapati kulit cerah pada haiwan tersebut akan menjadi kemerah-merahan ketika berinteraksi…










