KUALA LUMPUR – Seorang pekerja syarikat penyelenggaraan lampu isyarat maut dipercayai terkena renjatan elektrik ketika melakukan kerja menyelenggara lampu isyarat di Jalan Ipoh di sini hari ini. Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner R. Munusamy berkata, pihaknya menerima maklumat penemuan lelaki berusia 50 tahun itu pada pukul 11.05 pagi oleh orang awam. “Saksi memaklumkan ketika kejadian mangsa berada seorang diri bersebelahan tiang lampu isyarat sebelum secara tiba-tiba rebah dan kaku. “Pasukan…










